12 Disember 2011

Majlis Konvokesyen PAPN Pasir Mas Kali ke 4 bagi tahun 2011



Pada 10 Disember 2011, bertempat di Dewan Bazar Tengku Anis, Kota Bharu telah berlangsungnya Majlis Konvokesyen Kali ke-4 untuk anak-anak PERMATA Negara Pasir Mas. Seramai 15 orang anak-anak PERMATA berumur 4 tahun iaitu 9 pelajar lelaki dan 6 pelajar perempuan telah berjaya menamatkan sesi pengajian mereka..

Majlis yang bermula pada pukul 2 petang dan berakhir dengan meriahnya pada pukul 6 petang. Majlis seumpama ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa, pendidik serta anak-anak PERMATA ini.

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan pendidik yang bersama-sama bertungkus lumus bagi memastikan majlis ini dapat berjalan dengan lancar.



01 Ogos 2011

salam ramadhan..


Bulan ramadhan telah menjelang tiba..kami warga PAPN Pasir Mas mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Semoga ibadah puasa yang kita kerjakan mendapat keberkatan olehNya...amin..

25 Julai 2011

Kejohanan Futsal Terbuka PIBP PAPN Pasir Mas









PERMATA A

PERMATA B



Pada 23hb Julai 2011, satu Kejohanan Futsal Terbuka telah diadakan di Nick Futsal anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik (PIBP) PAPN Pasir Mas..Pertandingan ini telah mendapat penyertaan yang memberangsangkan dari pihak luar serta di kalangan ibu bapa anak-anak PERMATA Pasir Mas. Sebanyak 9 kumpulan telah bertanding bagi mendapat gelaran JOHAN untuk kejohanan ini.

Program ini telah bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari..Hadiah lumayan berupa wang tunai, hamper serta medal turut disediakan.Selain itu, terdapat juga cabutan bertuah bagi memeriahkan lagi kejohanan ini..

Walaupun wakil daripada kumpulan ibu bapa iaitu PERMATA A dan PERMATA B tidak mendapat diantara tiga tempat teratas, tetapi semangat kesukanan dan bersatu padu yang ditunjukkan oleh mereka patut dibanggakan.Tahniah!!!

Tidak lupa juga setinggi penghargaan kepada kaum-kaum ibu kerana sudi untuk lawan persahabatan dengan pendidik PAPN Pasir Mas untuk acara selingan sebelum final bagi kejohanan ini.

Diharapkan program seperti ini dapat diadakan sekali lagi bagi mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan pendidik disamping meningkatkan semangat kesukanan dalam diri masing-masing.




16 Jun 2011

Sambutan Hari Ibu dan Guru






Pada 16 Mei 2011, PIBP PAPN Pasir Mas, Kelantan telah mengadakan aktiviti memasak laksa sempena Sambutan Hari Ibu Dan Hari Guru.....

Seramai 25 orang ibubapa/penjaga telah terlibat dalam aktiviti ini..Antara aktiviti yang dijalankan ialah memasak laksa, pertandingan menyolek ibu dan pendidik dan Mencari Anak...

Program ini bermula sekitar jam 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang...Setelah laksa siap dimasak, ibubapa/penjaga dan pendidik bersama-sama menikmati keenakkan laska Kelantan dan Pinang yang lazat...yummmm.yummm...

15 Mei 2011

CERAMAH DAN LAWATAN PERGIGIAN PAPN PASIR MAS, 2011






TELAH DIADAKAN PADA 22 MAC 2011 DI PAPN PASIR MAS, KELANTAN.

JURURAWAT DARIPADA KLINIK PERGIGIAN PASIR MAS TELAH MELAKUKAN LAWATAN PEMERIKSAAN KESIHATAN PERGIGIAN DAN MENJALANKAN PEMERIKSAAN RUTIN.

MEREKA JUGA MELAKUKAN DEMONTRASI DAN MENUNJUKKAN CARA-CARA MEMBERUS GIGI YANG BETUL KEPADA KANAK-KANAK,.

01 April 2011

Ceramah dan Latihan Kebakaran

Pada 10 Mac 2011, Khamis PAPN Pasir Mas, Kelantan telah mengadakan Ceramah dan Latihan kebakaran di perkarangan PAPN Pasir Mas. Program ini mendapat kerjasama daripada pihak Bomba Dan Penyelamat Daerah Pasir Mas.

Latihan ini juga dihadiri oleh Ibubapa, pendidik dan pembantu pengurusan murid. Kanak-kanak begitu teruja dan tertarik melihat kehadiran pasukan Bomba ke PAPN. Tetapi, ada juga kanak-kanak yang menangis kerana takut melihat Bomba yang memakai pakaian seragam.

Melalui ceramah yang diadakan, ibubapa, pendidik dan PPM mendapat pendedahan tentang keselamatan di rumah dan cara-cara memadamkan kebakaran kecil di rumah.

27 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul & Solat Hajat 2011






Pada 15 Februari 2011 Bersamaan 12 Rabbiul Awal 1432H, bertempat di PAPN Pasir Mas, Kelantan telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Solat Hajat.Majlis dimulai dengan Solat Hajat dan Selawat ke atas Nabi...

Setelah selesai, diadakan ceramah Maulidur Rasul yang bertajuk "Kelebihan Bulan Rabbiul Awal" yang disampaikan oleh Ustaz Mohamed Rosni B. Harun.

Seramai 55 orang ibubapa dan 33 kanak-kanak telah telah hadir dalam program ini. Selesai ceramah, sedikit jamuan ringan telah disediakan.

Melalui program ini, hubungan silaturahim di antara ibubapa dan pendidik dapat dieratkan lagi kerana program ini merupakan julung kali diadakan bagi sesi 2011.