03 Oktober 2012

Lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands


Pada 28 September 2012 (Jumaat), PAPN Pasir Mas telah membuat lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands selama 2 hari 1 malam. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan kanak-kanak PERMATA Negara Pasir Mas kepada flora dan fauna. 

Perjalanan ini bermula seawal jam 830 pagi dengan menaiki bas persiaran. Perjalanan kami ke Cameron Highlands ini mengambil masa hampir 7 jam dan tiba tempat penginapan di Desa Anthurium jam 3 petang. 

Sepanjang berada di Cameron Highlands, beberapa tempat telah kami lawati seperti Taman Rama-Rama, Pasar Malam, Kea Farm dan Ladang Teh Cameron Valley. Lawatan ini menyeronokkan lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak PERMATA kerana mereka dapat melihat pelbagai binatang di Taman Rama-Rama selain dapat merasai perubahan suhu yang sejuk berbanding di tempat tinggal mereka.

bacaan doa sebelum mulakan perjalanan oleh Pengerusi PIBP

Rombongan ke Cameron Highlands
tempat penginapan 2 hari 1 malam di Desa Anthurium
Taman Rama-Rama









Kea Farm

Ladang Teh Cameron Valley
 









R & R Gua Musang

perjalanan pulang..kepenatan :)
P/s: terima kasih kepada semua pihak terutamanya para pendidik dan PPM serta ibubapa dan penjaga kerana sama-sama menjadikan aktiviti lawatan ini dapat berjalan dengan lancar :)