31 Ogos 2012

Sambutan Merdeka Raya 2012

Tanggal 31hb Ogos 2012 telah berlangsungnya sambutan Hari Raya bagi tahun 2012 serta Hari Kemerdekaan yang ke-55 di Pusat Anak PERMATA Negara Pasir Mas. Majlis telah bermula jam 8.00 pagi dengan dimulakan ucapan dari Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Pendidik Pasir Mas iatu Encik Mohd Izwan Shaari.  Jamuan ini mendapat kerjasama dari semua ibu bapa dan penjaga anak-anak PERMATA apabila mereka turut membawa pelbagai juadah makanan untuk dimakan bersama-sama.

Bagi menambahkan lagi kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini, satu pertandingan Basikal Hiasan Merdeka diadakan dikalangan kanak-kanak PERMATA. Peserta dikehendaki menghias basikal bertemakan Merdeka dan membawanya ke sekolah untuk dinilai oleh para juri.

Jamuan Merdeka Raya ini diakhiri dengan pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada jam 12.00 tengahari.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN :)