06 Mei 2013

Program FAMILY DAY di Sudara Beach Resort, Bachok, Kelantan

Pada 26 April 2013 yang lalu, PAPN Pasir Mas telah mengadakan program Family Day PAPN Pasir Mas '13 di Sudara Beach Resort, Bachok, Kelantan. Matlamat program ini adalah untuk menyemaikan semangat kesukanan dikalangan kanak-kanak PERMATA, ibubapa/penjaga serta pendidik selain dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Program ini telah mendapat kerjasama yang baik dari pihak ibubapa dan penjaga serta pendidik PAPN Pasir Mas. Ibubapa dan pendidik berkumpul terlebih dahulu di PAPN untuk mendengar taklimat perjalanan dan bergerak bersama-sama dengan menaiki kereta masing-masing seawal jam 8.30 pagi. Perjalanan ke Sudara Beach Resort begitu lancar dan kami sampai di tempat tersebut pada jam 9.45 pagi. Kemudian, ibubapa dan pendidik bersama-sama membuat persiapan untuk aktiviti BBQ dan juga permainan bagi kanak-kanak PERMATA serta kanak-kanak luar. Pada jam 12.30 tengahari, program ini berehat seketika bagi memberi laluan untuk makan tengahari di Chuchu Coffee House dan sembahyang Jumaat. Program ini bersambung pada jam 2.30 petang dengan dimulai permainan tarik tali yang melibatkan ibubapa/penjaga serta pendidik. Program ini berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan dan disambut dengan meriah sekali. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak terutamanya ibubapa dan pendidik kerana menunjukkan komitmen yang tinggi bagi menjayakan program ini :)