06 Mei 2013

Program FAMILY DAY di Sudara Beach Resort, Bachok, Kelantan

Pada 26 April 2013 yang lalu, PAPN Pasir Mas telah mengadakan program Family Day PAPN Pasir Mas '13 di Sudara Beach Resort, Bachok, Kelantan. Matlamat program ini adalah untuk menyemaikan semangat kesukanan dikalangan kanak-kanak PERMATA, ibubapa/penjaga serta pendidik selain dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Program ini telah mendapat kerjasama yang baik dari pihak ibubapa dan penjaga serta pendidik PAPN Pasir Mas. Ibubapa dan pendidik berkumpul terlebih dahulu di PAPN untuk mendengar taklimat perjalanan dan bergerak bersama-sama dengan menaiki kereta masing-masing seawal jam 8.30 pagi. Perjalanan ke Sudara Beach Resort begitu lancar dan kami sampai di tempat tersebut pada jam 9.45 pagi. Kemudian, ibubapa dan pendidik bersama-sama membuat persiapan untuk aktiviti BBQ dan juga permainan bagi kanak-kanak PERMATA serta kanak-kanak luar. Pada jam 12.30 tengahari, program ini berehat seketika bagi memberi laluan untuk makan tengahari di Chuchu Coffee House dan sembahyang Jumaat. Program ini bersambung pada jam 2.30 petang dengan dimulai permainan tarik tali yang melibatkan ibubapa/penjaga serta pendidik. Program ini berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan dan disambut dengan meriah sekali. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak terutamanya ibubapa dan pendidik kerana menunjukkan komitmen yang tinggi bagi menjayakan program ini :)















19 Mac 2013

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat

Pada 1 March 2013, PAPN Pasir Mas telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat. Majlis diadakan pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi. Selain majlis diadakan bertujuan untuk aktiviti kerohanian, secara tidak langsung majlis ini dapat merapatkan lagi tali silaturrahim antara ibubapa lama, baru dan pendidik. Majlis dimulakan dengan solat hajat berjemaah yang telah diimamkan oleh Ustaz Halim dan seterusnya beliau mengetuai untuk bacaan Yasin pula. Bagi jamuan makan pula, para ibubapa dan pendidik telah sepakat untuk membawa pot luck masing-masing. Pelbagai juadah makanan yang disediakan pada majlis tersebut. Setelah berakhirnya majlis, ibubapa bersama pendidik bergotong royong membersihkan tempat selain bersama-sama membungkus lauk untuk dibawa pulang. Terima kasih kepada ibubapa yang hadir bersama-sama bagi menjayakan majlis ini.













05 Mac 2013

Rawatan gigi dari Klinik Pergigian Pasir Mas







Pada 26 Februari 2013, Klinik Pergigian Pasir Mas telah mengadakan lawatan ke PAPN Pasir Mas. Kedatangan mereka telah disambut baik oleh para pendidik dan juga kanak-kanak disini. Kanak-kanak begitu teruja apabila melihat jururawat datang ke sekolah mereka. Pihak klinik telah mengadakan role play tentang cara-cara menggosok gigi dengan betul bersama kanak-kanak. Selain itu mereka juga telah membuat pemeriksaan gigi dan penyapuan florida pada gigi kanak-kanak. Suasana semakin meriah apabila jururawat memberikan berus gigi percuma kepada semua kanak-kanak.