18 Mac 2012

Majlis Hi Tea Bersama Datin Seri Rosmah Mansur Anjuran PERDASAMA











Pada 13 mac 2012 (Selasa), kanak-kanak di Pusat Anak Permata Negara Pasir Mas telah dijemput untuk mengadakan persembahan di majlis tersebut.

Seramai 8 orang kanak-kanak telah mengadakan persembahan "Role Play" di hadapan 500 orang tetamu di Hotel Rennaisance, Kota Bharu, Kelantan.

01 Mac 2012

Sambutan Maulidur Rasul & Solat Hajat 2012






10 Februari 2012 (Jumaat) Bertempat di PAPN Pasir Mas, Kelantan, telah diadakan Sambutan Maulidur Rasul Dan Solat Hajat sempena pembukaan sessi baru 2012. Sambutan daripada ibubapa/penjaga amat menggalakkan dimana 100 orang ibubapa/penjaga yang telah hadir pada majlis sambutan ini.

Dalam majlis ini, telah diadakan aktiviti solat hajat, ceramah Maulidur Rasul dan juga perarakan mengelilingi PAPN Pasir Mas, Kelantan. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Nawi dari SK Tok Uban. Ibubapa juga telah menjemput wartawan Sinar Harian untuk memberi publisiti bagi program ini.