01 April 2011

Ceramah dan Latihan Kebakaran

Pada 10 Mac 2011, Khamis PAPN Pasir Mas, Kelantan telah mengadakan Ceramah dan Latihan kebakaran di perkarangan PAPN Pasir Mas. Program ini mendapat kerjasama daripada pihak Bomba Dan Penyelamat Daerah Pasir Mas.

Latihan ini juga dihadiri oleh Ibubapa, pendidik dan pembantu pengurusan murid. Kanak-kanak begitu teruja dan tertarik melihat kehadiran pasukan Bomba ke PAPN. Tetapi, ada juga kanak-kanak yang menangis kerana takut melihat Bomba yang memakai pakaian seragam.

Melalui ceramah yang diadakan, ibubapa, pendidik dan PPM mendapat pendedahan tentang keselamatan di rumah dan cara-cara memadamkan kebakaran kecil di rumah.

27 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul & Solat Hajat 2011






Pada 15 Februari 2011 Bersamaan 12 Rabbiul Awal 1432H, bertempat di PAPN Pasir Mas, Kelantan telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Solat Hajat.Majlis dimulai dengan Solat Hajat dan Selawat ke atas Nabi...

Setelah selesai, diadakan ceramah Maulidur Rasul yang bertajuk "Kelebihan Bulan Rabbiul Awal" yang disampaikan oleh Ustaz Mohamed Rosni B. Harun.

Seramai 55 orang ibubapa dan 33 kanak-kanak telah telah hadir dalam program ini. Selesai ceramah, sedikit jamuan ringan telah disediakan.

Melalui program ini, hubungan silaturahim di antara ibubapa dan pendidik dapat dieratkan lagi kerana program ini merupakan julung kali diadakan bagi sesi 2011.