27 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul & Solat Hajat 2011






Pada 15 Februari 2011 Bersamaan 12 Rabbiul Awal 1432H, bertempat di PAPN Pasir Mas, Kelantan telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Solat Hajat.Majlis dimulai dengan Solat Hajat dan Selawat ke atas Nabi...

Setelah selesai, diadakan ceramah Maulidur Rasul yang bertajuk "Kelebihan Bulan Rabbiul Awal" yang disampaikan oleh Ustaz Mohamed Rosni B. Harun.

Seramai 55 orang ibubapa dan 33 kanak-kanak telah telah hadir dalam program ini. Selesai ceramah, sedikit jamuan ringan telah disediakan.

Melalui program ini, hubungan silaturahim di antara ibubapa dan pendidik dapat dieratkan lagi kerana program ini merupakan julung kali diadakan bagi sesi 2011.

12 Disember 2010

KONVOKESYEN KALI KE-3 PAPN PASIR MAS, KELANTAN

















Konvokesyen ini berlangsung di Kelantan Trade Centre (KTC),Kota Bharu,Kelantan pada 10 Disember 2010 yang lalu.Seramai 13 orang kanak-kanak berumur 4 tahun diraikan dalam majlis konvokesyen kali ini.Majlis ini bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 6 petang. Majlis ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pendidik dan ibu bapa dan berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang erat dari pendidik dan ibu bapa.