Pada 28 September 2012 (Jumaat), PAPN Pasir Mas telah membuat lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands selama 2 hari 1 malam. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan kanak-kanak PERMATA Negara Pasir Mas kepada flora dan fauna.
Perjalanan ini bermula seawal jam 830 pagi dengan menaiki bas persiaran. Perjalanan kami ke Cameron Highlands ini mengambil masa hampir 7 jam dan tiba tempat penginapan di Desa Anthurium jam 3 petang.
Sepanjang berada di Cameron Highlands, beberapa tempat telah kami lawati seperti Taman Rama-Rama, Pasar Malam, Kea Farm dan Ladang Teh Cameron Valley. Lawatan ini menyeronokkan lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak PERMATA kerana mereka dapat melihat pelbagai binatang di Taman Rama-Rama selain dapat merasai perubahan suhu yang sejuk berbanding di tempat tinggal mereka.
|
bacaan doa sebelum mulakan perjalanan oleh Pengerusi PIBP |
|
Rombongan ke Cameron Highlands |
|
tempat penginapan 2 hari 1 malam di Desa Anthurium |
|
Taman Rama-Rama |
|
Kea Farm
|
|
Ladang Teh Cameron Valley |
|
R & R Gua Musang
|
|
perjalanan pulang..kepenatan :) |
P/s: terima kasih kepada semua pihak terutamanya para pendidik dan PPM serta ibubapa dan penjaga kerana sama-sama menjadikan aktiviti lawatan ini dapat berjalan dengan lancar :)