03 Oktober 2012

Lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands


Pada 28 September 2012 (Jumaat), PAPN Pasir Mas telah membuat lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands selama 2 hari 1 malam. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan kanak-kanak PERMATA Negara Pasir Mas kepada flora dan fauna. 

Perjalanan ini bermula seawal jam 830 pagi dengan menaiki bas persiaran. Perjalanan kami ke Cameron Highlands ini mengambil masa hampir 7 jam dan tiba tempat penginapan di Desa Anthurium jam 3 petang. 

Sepanjang berada di Cameron Highlands, beberapa tempat telah kami lawati seperti Taman Rama-Rama, Pasar Malam, Kea Farm dan Ladang Teh Cameron Valley. Lawatan ini menyeronokkan lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak PERMATA kerana mereka dapat melihat pelbagai binatang di Taman Rama-Rama selain dapat merasai perubahan suhu yang sejuk berbanding di tempat tinggal mereka.

bacaan doa sebelum mulakan perjalanan oleh Pengerusi PIBP

Rombongan ke Cameron Highlands
tempat penginapan 2 hari 1 malam di Desa Anthurium
Taman Rama-Rama









Kea Farm

Ladang Teh Cameron Valley
 









R & R Gua Musang

perjalanan pulang..kepenatan :)
P/s: terima kasih kepada semua pihak terutamanya para pendidik dan PPM serta ibubapa dan penjaga kerana sama-sama menjadikan aktiviti lawatan ini dapat berjalan dengan lancar :)

31 Ogos 2012

Sambutan Merdeka Raya 2012

Tanggal 31hb Ogos 2012 telah berlangsungnya sambutan Hari Raya bagi tahun 2012 serta Hari Kemerdekaan yang ke-55 di Pusat Anak PERMATA Negara Pasir Mas. Majlis telah bermula jam 8.00 pagi dengan dimulakan ucapan dari Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Pendidik Pasir Mas iatu Encik Mohd Izwan Shaari.  Jamuan ini mendapat kerjasama dari semua ibu bapa dan penjaga anak-anak PERMATA apabila mereka turut membawa pelbagai juadah makanan untuk dimakan bersama-sama.

Bagi menambahkan lagi kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini, satu pertandingan Basikal Hiasan Merdeka diadakan dikalangan kanak-kanak PERMATA. Peserta dikehendaki menghias basikal bertemakan Merdeka dan membawanya ke sekolah untuk dinilai oleh para juri.

Jamuan Merdeka Raya ini diakhiri dengan pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada jam 12.00 tengahari.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN :)















12 Jun 2012

Sukaneka PAPN Pasir Mas 2012

9 Jun 2012

PAPN Pasir Mas telah mengadakan Sukaneka bertempat di Padang Perdana, PAPN Pasis Mas, Kelantan. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakan di mana seramai 76 ibubapa dan 38 orang kanak-kanak PERMATA dan ahli keluarga yang lain telah hadir dan melibatkan diri dalam sukaneka ini....

Acara sukan yang dipertandingkan ialah, acara lari pakai kostume, lari bawa bola untuk kanak-kanak 2 tahun. Untuk kanak-kanak 3 tahun pula, acaranya ialah pecah belon, cari harta karun dan lari bawa bola. Bagi kanak-kanak 4 tahun pula, acaranya ialah lari bawa bola pingpong, gelek bola guna gelung rotan, dan lari kepik bola.

Terdapat juga acara untuk ibubapa dan pendidik. antaranya acara baling telur, lari ikat kaki, rebut kerusi dan bowlingpadang.